Tuesday, October 28, 2008

Pertemuan

Pada hari Isnin, 13 Oktober 2008 saya mengadakan pertemuan dengan Faizul di pejabatnya di Shah Alam. Meskipun sempat berbual hanya beberapa ketika, saya rasa gembira kerana dapat menghadiah buku2 sebagai cenderahati. Doa saya semoga Faizul akan meneruskan karya dan kelak muncul sebagai penulis yg disegani.


Add Image







Pada minggu lepas pula, saya membuat surprise visit ke Institut Terjemahan Negara Malaysia di Wangsa Maju untuk bertemu dengan enche. Beliau sudah berkhidmat di sana selama 15 tahun. Banyak cerita menarik tentang dunia buku yg kami kongsi bersama. Enche memang seorang yg peramah dan dia juga bercita-cita untuk menulis novel di masa akan datang.










Saya bersama Datuk Chamil Wariya di dalam studio BLOG, yg dapat ditonton setiap Ahad di RTM1 bermula jam 8.40 malam. Datuk Chamil kaya dengan pengalaman dalam bidang penulisan dan sempat berkongsi dengan saya pelbagai aspek tentang dunia perbukuan dan media secara amnya. Pengalaman yg tidak ternilai!

0 comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez