Saturday, February 21, 2009

Kategori Bloggers...

Ada 6 peringkat bloggers
Peringkat F
Ada blog tapi tak pernah up-date
Ada blog, up-date seminggu sekali
Mula blog-hopping, belum berani tinggalkan jejak walau 4-5 kali masuk
Mula tinggalkan jejak di mana2 blog yg disukai

Peringkat E
Mula berbalas mesej pada kadar maksima 3-4 kali seminggu
Saling melawat blog pada kadar 10-12 blog sehari
Masih mencari blog yg akan disenaraikan sebagai favourites

Peringkat D
Mula mengirim emel pada tuanpunya blog (favourites)
Saling berbalas emel pada kadar 3-4 kali seminggu
Invite YM (dari alamat emel)
Mula berchat di YM
Selalu emel

Peringkat C
Jumpa di blog setiap hari
Minta nombor telefon (masa YM)
Mula sms
Mula call
Jarang emel

Peringkat B
Sms (sekurang-kurangnya 10 kali sehari)
Call (pada kadar berbeza setiap hari)
Blogging (termasuk chat/tinggalkan mesej di blog lebih 3-4 sehari)
Chat di YM
Emel (kurang atau lebih bergantung pada individu)

Peringkat A
Jumpa

Monday, January 12, 2009

Sekadar Renungan...

Kekadang kita tak terfikir pun!!

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnya..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres ---banglo..
5) Technician ----supervisor -----engineer ---manager..
6) Tv 14' --- 21" --- 29"---- Home theater...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan ke arah yang lebih baik dan glamour..
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai--- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

TETAPI...

KITA JUGA LUPA...SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 ---RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN/selawat, zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...

Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang
ada untuk di manafaatkan...dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu
kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Tuesday, January 6, 2009

Manusia Tidak Amanah

Salam semua.

Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang novel Sewangi Kasih-Konflik Terakhir yang boleh kalian pesan melalui emel kepada saya. Bukan kisah novelnya, tetapi perihal penghantaran melalui pos (biasa). Supaya dapat menjual pada harga RM15, saya fikirkan, apa salahnya saya kirim novel menggunakan pos (seperti surat biasa). Andaikata melalui Poslaju atau Kiriman Berdaftar, tentulah lebih mahal daripada RM2 dan terpaksalah pula saya menjual novel tersebut pada harga yang lebih tinggi.

Bagi setiap 100 buah novel yang saya kirimkan, tahukah kalian bahawa 10 buah hilang dalam perjalanan! Pada fikiran saya, tentulah buku-buku tersebut dicuri oleh seseorang. Saya tidak menuduh melulu kepada pihak Pejabat Pos kerana buku-buku itu mungkin telah sampai ke destinasi (pejabat atau kilang atau rumah sewa) tetapi diambil oleh orang lain. Siapa, ya?

Apa yang lebih memeranjatkan, salah seorang blogger memesan 2 buah novel. Saya bungkus elok-elok dengan kertas minyak warna coklat, lekatkan dengan cellotape khas untuk parcel dengan setem RM4. Hendak tahu apa jadi? Blogger itu emel dan kata dia hanya terima sebuah buku! Saya tanya, berapa ringgit setem pada bungkusan itu? Dia kata, setem RM4. Jadi, sahlah memang saya kirimkan 2 novel - kenapa tinggal satu saja? Siapakah yang membuka bungkusan, mengambil satu novel kemudian membungkus kembali dan mengirim pada alamat tersebut. Ataukah orang lain di pejabat blogger yang mencurinya? Siapa nak jawab?

Kesimpulannya kini, jika hendak mengirimkan apa-apa melalui pos, gunakan Poslaju atau Registered Post. Harga yang kalian kena bayar perlu dinaikkan untuk menampung kos ini. Memang manusia zaman ini tidak lagi amanah...!!


Friday, December 19, 2008

Bertemu Juraidah

Selasa lalu di Kompleks PKNS, Shah Alam. Pertemuan pertama saya dengan Juraidah dari Sekinchan. Jika kalian nak tahu, Juraidah sering mengirimkan keratan akhbar dan majalah (yg ada artikel tentang saya). Sudah lebih dua tahun kini. Ada di antara artikel yg dikirimnya itu, saya sendiri tak tahu ia keluar di dalam majalah!

Dia melakukan secara suka-suka dan mempunyai ramai kenalan di kalangan selebriti, penulis, ahli sukan, orang2 kenamaan dll. Hobinya ini begitu unik dan dia menyimpan banyak rahsia tentang mereka. Gadis ini amat peramah dan suka tersenyum. Namun dia tidak gemar makan nasi. Itulah sebabnya kami berjumpa di KFC. Sama seperti waktu dia bertemu Sri Diah tidak lama dulu. Pelbagai pengalaman menarik disimpan oleh Juraidah dan kami amat gembira hari itu.

Cikgu Azamiah (yg merupakan jiran Juraidah) menemaninya. Kebetulan dia ada hal di Shah Alam. Terima kasih, cikgu, kerana merealisasikan impian Juraidah untuk bertemu dengan saya...


Monday, December 15, 2008

Sabtu di Port Dickson

Makan tengah hari di sebuah restoran tidak jauh dari Guoman Hotel. Malangnya, masak lemak cili api ikan patin tidak pedas langsung dan mematahkan selera. Ramai orang berpendapat, makanan di PD tak begitu menyelerakan, tiada restoran yg betul2 outstanding....harap ada yg beri komen (jika boleh recommend restoran/gerai yg bagus).

Restoran ikan bakar berhampiran sebuah temple besar (jalan ke Teluk Kemang, berdekatan roundabout) boleh dikirakan enak juga tetapi masih kurang umphh. Malam minggu memang penuh dengan pengunjung, bersedialah untuk menunggu hidangan selama 1 jam!

Bersama 'geng' di Taman Teluk Kemang. Ada keramaian - pameran, pertunjukkan kebudayaan, menaiki kuda, jualan dll. Orang teramatlah ramai. Ada yg berkhemah dan berkelah. Permainan di laut - banana boat, jeti-ski dll. Panas terik waktu ni...

Pemandangan di Pantai Batu Biru sewaktu mentari sedang mengengsot ke ufuk barat. Jeti ini adalah tempat ikan-ikan segar dibawa naik oleh nelayan. Hanya ada sebuah homestay dan restoran kecil di sini. Keadaan aman.

Di jeti Pengkalan Kempas, sebuah pelabuhan yg terkenal di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sila lihat di sini untuk cerita Kompleks Sejarah Kempas. Air sungai amat keruh dan terdapat excursions menaik bot untuk mudik serta pergi ke habitat asli buaya. Pekan Kempas agak kecil (hanya terdapat dua deretan rumah kedai milik peniaga Cina).

Wednesday, December 3, 2008

Polo

Seperti biasa, setiap petang kami biarkan Polo keluar ke halaman rumah...tapi pada petang itu, Polo lambat balik. Kami mencari dia di sekeliling rumah tapi tak jumpa.

Kira-kira jam 5, Polo balik sendiri sambil melangkah lemah kerana kaki kiri (belakang) dan kaki kanan (depan) nampak seperti cedera. Dia juga termuntah dan tercirit. Kami bergegas ke klinik haiwan. Polo diperiksa dengan teliti. Menurut doktor, kakinya tak cedera. Mungkin bahagian dalaman terutama hati (liver).

Jadi, doktor berikan IV Drip untuk mengurangkan bengkak hati (jika memang ada). Polo juga diberi suntikan ubat penahan sakit dan pil untuk keesokan harinya. Kata doktor, adalah biasa jika kucing cedera, ia akan tidur lama.

Di rumah, Polo nampak tak bermaya namun dia gagahkan juga berjalan ke sana ke mari atau tidur di tengah2 pintu bilik saya atau anak2. Kadangkala dia masuk ke bawah katil dan duduk diam2. Dia juga hanya minum air. Esoknya, dia bangun dan muntah. Kemudian tidur. Namun tidurnya kali ini adalah paling panjang kerana dia tidak bangun2 lagi. Anak2 dan saya menangis.

Kami kebumikan Polo di halaman rumah berdekatan pokok bunga cempaka.

:: Polo was the greatest cat that we've ever had. He died due to internal injuries. Cats can make us laugh. And cry... ::


Thursday, November 27, 2008

Sekiranya anda ingin memecahkan segala kesulitan dan kebuntuan, amalkan membaca Doa Nabi Yunus (semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...). InsyaAllah, masalah dapat diatasi dan hati akan sentiasa tenang.

" LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiya')

Saturday, November 22, 2008

Sepuluh perkara?

Sepuluh perkara yg anda tidak tau tentang saya:
* Saya suka makan ikan sardin dalam tin jenis mackerel (karipap, sambal)
* Saya suka makanan berkacang (rojak, gado-gado, pecal, rempeyek)
* Jika tengok cerita sedih, selalunya saya dulu yg start nangis.
* Masa kecik, lepas makan malam saya terus gosok gigi, tak kiralah pukul 7 atau 8. Kalau bapa saya pulang, dia bawa sate atau mi goreng, saya sanggup tak makan...tapi, kalau dia bawa rojak, saya rela makan dan gosok gigi sekali lagi..!
* Bila memandu kereta, mesti laju dan suka membrek mengejut (asyik kena tegur dengan anak2, hehe)
* Sebaik sampai di rumah lepas berjalan ke mana-mana, ayat lazim saya: "Let's get back to work!" (tension orang dengar)
* Saya suka warna ungu sejak tulis Arca Impian (1994). Ungu adalah warna kegemaran heroinnya!
* Saya tak suka membaca sambil mendengar radio.
* Saya suka melancong kerana ia memang terapi minda yg pasti memberi ketenangan tetapi mengempiskan poket, errkks!
* Saya menghafal nombor telefon @ IC dalam Bahasa Inggeris - pelik, kan?


:: Entry ni saya buat kerana dicabar oleh anak-anak, ahaks...::


Monday, November 17, 2008

Bonda kesayangan...

Hari Rabu lalu, bonda saya (65 tahun) dimasukkan ke hospital kerana demam selama 2 hari. Dia juga tidak berselera makan. Oleh kerana keadaannya yg lemah, doktor terus mengambil darah. Dia ditempatkan di wad sementara (pengawasan). Pemeriksaan darah mendapati bonda saya terkena demam denggi.

Kami adik-beradik begitu terkejut. Selama hayatnya, bonda pernah sekali saja dimasukkan ke hospital. Itupun kerana kemalangan sewaktu membonceng motosikal ayahanda (semasa saya berusia 9 tahun). Motosikal mereka dilanggar dari belakang oleh seorang wanita yg tidak membrek keretanya! Bonda tercampak ke dalam longkang tetapi mujurlah hanya muntah darah dan pulih seperti sediakala.

Boleh dikatakan, bonda sihat sepanjang hayatnya. Hanya sesekali sakit lutut kerana dia pernah berniaga kuih-muih selama hampir 20 tahun. Dek kerana bangun seawal jam 4 pagi itulah juga, dia kini akan terjaga setiap kali pukul 4 pagi!

Selama di hospital, saya berulang alik setiap hari menjenguknya. Ada pelbagai pandangan yang saya terima tentang cara mengubati demam denggi. Antaranya:
* makan sup ketam (kuahnya pun memadai)
* minum air pegaga
* minum air kurma (kurma yg dikisar atau segar)
* minum air 100-Plus

Doktor pula menyarankan, minum air masak sebanyak 2 botol besar. Bonda kata, dia jemu minum air. Setiap hari saya buatkan sup ketam sehingga bonda saya juga kata, jemu. Syukur, selepas 5 hari platelets darahnya yg menurun sehingga 10 meningkat ke 15 dan kemudian 25. Menurut doktor, jika sampai tahap 10, bonda akan diberikan darah tambahan. Nampaknya, belum sempat diberi darah, platelets meningkat dengan sendiri.

:: Esok bonda akan keluar dari hospital. Alhamdulillah ::


Tuesday, November 11, 2008

Siapa Hang Li Po?

Anda tentu tahu atau pernah mendengar nama

PUTERI HANG LI PO

tetapi rupa-rupanya banyak spekulasi di sebalik kewujudannya.
Baca artikel menarik di:

http://rajamenangis.blogspot.com

Monday, November 10, 2008

SPM 2008

Selamat Menempuh Peperiksaan SPM untuk puteri saya, Nazurah. Semoga diberikan kekuatan daya ingatan, ketenangan hati, ketajaman fikiran dan sihat sejahtera sepanjang masa serta dirahmati hendaknya. Demikian jugalah harapan untuk bloggers (ditujukan kepada anakanda atau adinda mereka) yg sama-sama 'berjuang'...


Saturday, November 8, 2008

Salam Maal Hijrah 1429

SEMOGA ALLAH SWT JADIKAN PAGI MU CAHAYA,
ZOHOR MU DIPENUHI GEMBIRA,
ASAR MU DILIMPAHI KESYUKURAN,
MAGHRIB MU KEAMPUNAN,
ISYAK MU KEBERKATAN,
DAN DOA MU TIDAK DITOLAK.
JUGA DILUASKAN REZEKI MU,
SERTA IA TIDAK DIAMBIL BALIK,
DAN DIBUKA PADA MU PINTU SYURGA TANPA SEMPADAN...AMIN!!
SELAMAT MENYAHUT CABARAN MUHARAM & MAAL HIJRAH 1429.
Jangan lupa baca DOA AKHIR TAHUN selepas ASAR,
dan DOA AWAL TAHUN sesudah MAGHRIB.

Warna-warni Kasawari

Tanggapan pertama saya tentang Kasawari - dia seorang yg amat cool. Tinggi orangnya, sesuai jika bermain basketball. Mudah tersenyum dan lirikan matanya begitu santai dan bersahaja. Karektor fatherly dan nampak sangat "boleh diharap". Begitu sabar dia menolak kerusi roda Linda yg akan menemui doktor (esok) bagi menjalani pemeriksaan lanjutan. Begitu memahami dan memikul tanggung jawab dengan begitu luhur. Caya la, bro!

Linda yg bertudung merah jambu amat manis dan ayu. Sungguh hangat dakapannya sewaktu saya memeluk erat dan mencium pipinya. Selalu melihat dia di dalam foto dengan anak-anak, rupa-rupanya begitu jugalah dia di alam realiti. Sangat lemah lembut dan mudah tersenyum. Sesekali dia akan tertawa kecil sambil mencuit mesra lengan suami di sisi. Alangkah romantisnya sentuhan itu...! Ehemm.

Tempat pertemuan pertama, di hadapan McD Alamanda, Putrajaya kira-kira jam 1.15 tengah hari Isnin, 070108. Itulah juga kali pertama Kasawari (yg sudah lama teringin, khabarnya...) bertemu dengan Budin. Mereka bersalaman sambil tertawa kecil dan menepuk-nepuk bahu. Bagaikan tidak percaya bahawa orang yg selama ini hanya ditemui di alam siber kini sudah berada di hadapan mata!

Kami beredar ke anjung Food Court di mana dedaun pokok2 palma beralun-alun dibuai angin yg sesekali melewati. Di situ lebih open dan dapat melihat langit biru dengan kepulan cumulonimbus yg memutih. Kami bertanya khabar dan dengan Linda, saya sempat bercerita perihal buku masakan dan novel.

Kira-kira 10 minit kemudian, Uncle J muncul dengan 2 anaknya (baru dijemput di sekolah). Cerita punya cerita, terbitlah kisah yg dia pernah bersekolah asrama. Saya tanya, sekolah mana? Tak sangka sama sekali, rupa2nya dia bukan setakat seasrama tapi juga satu batch dengan NY (sekitar 1972-77)! Aduhai, betapa kecil dunia ini...kami gila2 bergelak sakan kerana ia benar2 di luar dugaan! Seolah2 saya berdating dengan classmate suami...hampehh!

Perbualan bertambah rancak. Kalau duo Uncle J dan Budin penggamat keadaan, Kasawari penambah haru-biru. Sesekali kami tertawa juga teringatkan telatah bloggers yg pelbagai ragam. Kerap juga cerita Kasawari mencuit hati. Kami tergelak melihat Uncle J ketawa hingga merah mukanya! Budin pula tidak berenggang dengan handphonenya, sekejap dapat call, sekejap sms, tentu melayani 'seseorang', ekk elehh...

Menjelang 3.30 ptg, hujan gerimis membasahi bumi. Angin dingin terasa menyegarkan. Namun kerana tuntutan masa, kami terpaksa bersurai. Alangkah bagusnya, kami sepakat menyatakan, kalau dapat berweekend di resort dan terus berbual sehingga larut malam sambil menikmati barbeque di bawah cahaya bulan purnama...hihi, cerita keliwon pulak.

Kasawari, Uncle J dan Budin adalah watak2 dalam dunia blogging yg bagi saya, sangat down-to-earth. Jika zaman dulu orang berkenalan sebelum jadi akrab dan seterusnya mesra....kini, kita saling mengenali dan mesra di dalam blog sebelum bertemu. Bayangkanlah betapa 'syahdu' dan uniknya! Sesungguhnya, pengalaman begini tiada ternilai dengan wang-ringgit.

Sama cantik, sama padan,
bagaikan pinang dibelah dua,
hati terpaut melihat mereka,
sesudah berkenalan teramatlah mesra...

House of Bloggers

Papa Bear's Station Ini tempat favourite NY, duduk berblogging Japanese-style. Specs atas kepala, semug kopi Cap Bolasepak (yg dibuat sendiri, hihi, orang lain kurang arif formula kaww walau dah menuntut 40 hari 40 malam ~ sengaja aje tu..). Stesen dia kat lounge, sambil sesekali menjeling tv yg tuned to ESPN, ASSP atau Star Sports. Kalau dia sedang asyik buat entries, dia cuma tengok tv time pengulas sukan jerit GOL!!

Mama Bear's Station Penuh dgn buku2 reference, fail2 resepi, kertas2 manuskrip novel dan filing drawers yg tak boleh buka pasal sarat dengan resepi. Sebelah kiri selalu ada handphone, kanan (tiada dlm foto), telefon rumah (opereter tak bertauliah, haha!). Specs tu sesaje nak bergaya sebab kekadang silau matahari pagi menerobos melalui tingkap.

Big Sister Bear's Station a.k.a. Kontraktor Kelas A. Suka gantung2 movable objects (bentuk love, typical girls) yg bergoyang2 bila ditiup kipas angin. Ni tempat bloggers seisi rumah 'bersidai' bila nak suruh tukar avatar, font, masthead...selalunya, ada barter-trade. Untuk setiap pertukaran pada blog, kena belanja dia sepinggan McD, KFC atau sajian yg sewaktu dengannya...wakakaa!!

Small Sister Bear's Station Buku2 komik, majalah remaja, MP3 menjadi 'penghias' tidak rasmi meja pc. Ps: Semua pen & pensel yg berselerak sebelum sesi fotografi ini dah 'dijatuhkan dengan sengaja' ke atas lantai, ekekehh. Dia asisten kontraktor dan selalu jadi tempat rujukan masa nak download music, upload photos dan hal2 berkaitan blogosphere yg kekadang impossible untuk org2 yg lahir sekitar tahun 1960-an. Ooppss!!

Sepetang di Starbucks

Apa yg lebih bermakna untuk mengakhiri 2007 in-style? Double-dating dengan dua orang bloggers tersohor, chart-toppers Msjbox dan punyai ramai peminat seantaro Malaya! Yes, none other than you-know-who...
Mana lagi tempat pertemuan jika tidak di Starbucks, tempat berhimpun segala cappucino, frappucino dan minuman yg sewaktu dengannya. Di situ juga tempat bersantai segala macam cheesecake, pies dan kek.

Petang berbahang. Terik mentari membakar tempat letak kereta di perkarangan Jaya Jusco. Kami bertiga terserempak di situ. Kebetulan sampai pada waktu yg sama. Budin berkemeja-t putih manakala Uncle J berkemeja ungu muda. Mereka pernah bersua sebelum itu. Jadi, tiada masalah. Dari jauh kami sudah berbalas senyuman. Budin dan Uncle J bersalaman mesra sambil mengerling ke arah saya dan sempat bertanya khabar. Very gentlemanly, bisik saya dalam hati.

Kami duduk di bawah payung besar hijau tua di hadapan Starbucks. Order cheesecake, order frappuccino. Pertama kali bertemu tetapi memang tidak kekok bercerita. Tentang teman2 yg dikenali dan kawan2 yg sering memeriahkan blog. Demikian anehnya blogosphere kerana sebetulnya kita telah saling mengenali hanya tidak pernah bersemuka. Kemesraan itu datang dengan sendirinya meskipun hangatnya di situ, aduss...! Berpeluh jugalah kerana rasa excited pun ada. Haha.

Sukarnya untuk mencatat pengalaman bersama mereka kerana apa yg saya paling ingat, kami lebih banyak ketawa daripada bercakap. Ada-ada saja cerita lucu sehinggakan kami tergelak sakan sampai berair mata. Kedua-dua mereka memang sangat menghiburkan. Banyak kisah kelakar yg mencuit hati. Riuh rendah siarkaki Starbucks selama lebih 2 jam itu. Gamat bukanlah perkataan yg tepat kerana ia lebih daripada itu. Sememangnya mereka adalah natural-born jokers. Malah sehingga saat ini, masih terngiang-ngiang tawa mereka di telinga...!

Apa2 pun, kami mencatat kenangan yg begitu enjoyable. Thanks, Uncle J & Budin. Kalian menutup tirai 2007 buat saya dgn sebuah pengalaman bersejarah yg bakal saya nukilkan dalam novel saya yg akan datang...

With Budin & Uncle J

Alert : Tagged!

Dear All,
I've been tagged by Abg Putra aka Nordin Sulaiman. It's fun to 'get to know yourself', actually. In the spirit of blogosphere, here are the responses:

1. What would you do if you found a briefcase full of money?
Take a photo sitting on the money and post it in the blog. Yeyeh.


2. If you have the chance, what would you probably say to your beloved one?
TQ for being you.

3. If you were to be stranded on a desert island, who are the 3 blog buddies you would take with you?
Mat Gebu, Jun, Ah Mon – we can talk about food all day long, haha!

4.Where is the place that you want to go the most? Mekah

5.If you can have 1 dream to come true, what would it be? Best-selling author.

6.Till now, what is the moment that you regret the most? No regrets.

7.What are you afraid to lose the most? My sanity.

8.If you win $1 million, what would you do? 40% sedekah, 30% fixed deposit, 20% globe-trotting, 10% house-renovation

9.If you meet someone that you love, would you confess to him/her? Or would you keep it to yourself and observe from afar? I’ll confess.

10.List out 3 good points of the person who tagged you. Intellectual, distinguished, generous.

11. What are the requirements that you wish from your other half? None whatsoever (he will be reading this, mind you...wakakaka!)

12.Which type of person do you hate the most? Hypocrites.

13.What is your ambition? To be obedient…ehem ehem.

14.What is the thing that will make you think he/she is bad? When he tells people my secrets.

15.New Year is coming, who do you like to celebrate with? Family

16.If you could do one thing different in life, what would it be? Be a keep-fit enthusiast.

17.Are you a shopaholic or no? No, unless someone else pays.

18.Which actress or actors you would like to be? Sandra Bullock. She gets to kiss Keanu Reeves. Hehe.

19.It would be 2008 in a few days, do you have a new year’s resolution? Write more novels & cookbooks.

20.Do you have any plans for tomorrow? It will be revealed soon. Ekekehh.

Perlis Vineyard


Penghujung Disember di ladang anggur Batu Pahat (berdekatan Taman Ular), Perlis. Sungguh menarik pengalaman melangkah di batas2 pepohon anggur yg baru berbuah. Oleh kerana ladang ini luas, ada kawasan pepohon yg baru ditanam dan yg sedang dicantas dedaunnya (pruning). Ada pelbagai jenis anggur seperti Black Queen (anggur ungu gelap) dan Muscat (anggur putih). Bila berada di bawah pepohon anggur itu, ada semacam aroma harum bercampur baur dgn bau sinar mentari terik membakar tanah gambut yg lembut. Alur2 laluan air melantunkan percikan keemasan pada persekitaran yg cukup harmonis dan romantik. Ia seolah-olah mengembalikan kenangan pada Eropah pada musim bunga. Lalu saya pun teruja dgn ilham dan keghairahan untuk berkarya...

Memang geram tengok gugusan anggur yg bergantungan.
Rasa macam berada di kawasan Mediterranean...


Beginilah suasana di ladang anggur.
Hijau merimbun, sayup saujana mata memandang.

Jeng Jeng Jeng

Salam manis.


Saksikanlah sendiri harga sebenar pada resit yg telah diX-ray bagi membuktikan kesahihannya. Hehehe.

Buatlah perbandingan dengan senarai quotation....




MARI KITA TENGOK SIAPA YG KENA...




Countdown...

Debaran semakin terasa...kira-kira 18 jam lagi, kita akan ketahui pemenangnya!! Pihak penaja mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyertaan kalian. Jangan lupa nantikan jawapannya pada 18:30 pm pada hari Jumaat, 14 Dis 2007. Berikut senarai bloggers (setakat ini) yg telah menghantarkan tekaan mereka :

10/12/07
Mat Gebu @ 10.58 pm = 230.00

11/12/07
Jun @ 8.58 am = 250.00
OD @ 10.35 am = 246.90
Mya Marja @ 12.37 pm = 165.00
UncleJ @ 1.09 pm = 117.50
Nina Suria @ 2.09 pm = 280.00
Ainin Naufal @ 4.51 pm = 255.99
Junaidix @ 5.44 pm = 345.00
Arsaili @ 8.31 pm = 284.20
Sweetlilly @ 9.25 pm = 230.00

12/12/07
Duniabudin @ 12.02 am = 400.95
Noorsiha @ 10.10 am = 234.00
Psangni @ 10.19 am = 320.00
U.N.C.L.E. @ 12.14 am = 133.00
Kailan @ 12.44 pm = 466.99
Zaliana @ 3.09 pm = 107.30
Bubble-a @ 5.12 pm = 119.80
Izali @ 5.43 pm = 321.00
Umi_e @ 5.43 pm = 207.53

14/12/07
Sahrulia @ 8.31 am = 370.00
Abang putra @ 9.05 am= 175.00
Kasawari @ 10.02 am = 272.48
Combi @ 11.33 am = 303.03

Inilah dia resit Jaya Jusco yg telah menjadi tandatanya selama ini :

Peraduan untuk Anda!

Inilah hasil selama 1 jam 30 min saya di Jaya Jusco. Beli barang2 untuk Food-Shoot Selasa, Rabu & Khamis. Semuanya sebanyak 30 resepi. Saya kena prepare & masak. Kemudian hias (styling). Kadangkala Food Coordinator akan buatkan. Jurufoto akan ambil gambar setiap satu masakan setelah adjust lighting dan sudut kamera yg sesuai. Selalunya, kalau food-shoot untuk majalah paling cepat 5 minit untuk satu masakan! Ini semua bergantung pada kepakaran jurufoto itu sendiri.

Tapi berbeza pula kalau masakan untuk kalendar, 12 masakan ambil masa 4 hari! Jurufoto sangat teliti & sikit aje yg tak betul, kena buat lain. Kalau kuah tak begitu sesuai atas ikan, ikan kena basuh semula dan kuah titiskan balik. Ikan tu pulak bukan perlu masak. Hanya jirus dengan air panas supaya nampak betul2 fresh. Emm, nak perfect bukannya senang.

Projek paling besar saya, buat label untuk susu sejat F&N (masih digunakan hingga sekarang pada tin susu). Masak kari ayam, puding, ABC & teh tarik ~ shooting dari 9 pagi hingga 9 malam...ABC paling leceh sebab mudah cair. Kena buat lain dekat nak 10 kali! Habis tapak tangan beku semata2 nak dapatkan bentuk ABC yg paling sempurna. First time saya geram giler kat ABC, hehe.

Ini adalah barangan yg dibeli setelah dikeluarkan dari plastiknya. Berpandukan foto, cuba anda teka berapakah harganya. Pemenang paling TEPAT (kurang atau lebih RM1.00) bakal menerima:
HADIAH MAKAN MALAM EKSKLUSIF UTK 2 ORANG yg saya masak sendiri!! Ini serius, tau?
Hanya perbelanjaan untuk datang ke rumah saya, tanggungan sendiri. Waktu dan hari, akan dibincangkan mengikut kesesuaian kedua-dua belah pihak.

Sekiranya tiada pemenang, mereka yg meneka paling hampir dengan jawapan sebenar akan mendapat HADIAH MISTERI yg bakal diumumkan sebaik saja masa pertandingan tamat. Jadi, pastikan anda mematuhi syarat di bawah. Semua keputusan adalah muktamad.

Hints / Clue
Barangan di dalam bakul:
1 kg siakap / 1 kg ketam / 600g udang harimau / 200 gm udang galah / 230 gm kupang / 330 gm sotong / 300 gm lala / 360 gm ikan tenggiri / 200 gm ikan lemon sole
Lain-lain: 500 gm daging / 1.2 kg dada ayam / 2 ekor ayam dara

Syarat Pertandingan
Hanya dibenarkan meneka sekali saja di ruangan comments.
Kakitangan Jaya Jusco Wangsa Maju tidak dibenarkan menyertainya. Haha.

Tarikh Tutup
Pada hari Jumaat, 14 Disember 2007 jam 18:00.

Selamat Bertanding!
Fikir, jangan tak fikir...offer ini tidak datang selalu.
Hidangan istimewa menanti anda...
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez