Saturday, November 8, 2008

Siapa Budin?

Artikel ini bukan bertujuan mengundang kontroversi atau bersifat provokasi terhadap sesetengah bloggers tetapi hanya sebagai analisa sifat, perwatakan dan apa sebenarnya yg tersirat di sebalik yg tersurat dalam sesebuah blog-universe.

Saya selalu nampak Budin di blog OD. OD dan saya memang teman berblog Peringkat C (walau baru sekali ber-YM). Saya tegur Budin di blognya kerana tertarik dgn keletah tersendiri dan gila-gilanya melayani OD (yg sama hebat dgn sikap selambanya samada ketika menulis n3 mahupun menjawab soalan pengunjung di CBox).


Dari situ, Budin mampir ke blog saya. Ternyata background dunia penulisan masing2 menjadi satu landasan yg menarik untuk dijadikan kayu pengukur dalam mengukir persahabatan di alam siber. Ia menjadi platform ke arah diskusi yg lebih mantap kerana dia sangat berpengalaman dalam pelbagai aspek.

Dari n3 di blognya, ternyata dia seorang yang lucu. Ada saja jawapan sinis berbaur seloroh yang membuat pengunjungnya keep coming back for more. Kadangkala dia mengusik. Dan usikannya bisa membuat ramai yang tersipu malu atau tergelak terbahak-bahak. Ia jawapan yang bersifat universal. Bila ia terkena pada orang ini, anggapannya sebegini. Bila tersentuh pada orang itu, anggapannya sebegitu.

Budin juga gemar mengacah pengunjung setianya dengan pelbagai ungkapan bersifat double-meaning. Dalam dunia blogger, keupayaan ini bagaikan menghidangkan nasi dengan sambal belacan. Terasa pedas dan menyengat tetapi masih tetap dimakan kerana kesedapannya yang meninggalkan efek berpanjangan.

Budin jenis yg rileks dan santai. Sifat peramahnya bagaikan antidot dalam melayani pengunjung yg pelbagai ragam. Pengunjung baru kerap datang mewarnai blognya saban waktu kerana aura yg tidak kelihatan itu. Cara dia menyakat juga amat bersahaja dan tidak seperti dipaksa-paksa. Kita rasa macam kita dah kenal dia lama. Keupayaan berkomunikasi dgn cemerlang ini mungkin telah dikutipnya sepanjang masa menjadi wartawan, pelakon, penulis skrip dll.

Populariti Budin kian meningkat bila dia muncul di pelbagai blog sebagai Raja Budin, Tuanku Budin dan Maharaja Budin. Pertemuannya dengan UncleJ (antara blogger tersohor) juga mengundang bermacam spekulasi yang menjadi bahan bualan bloggers yang lain buat beberapa hari. Inilah impak yang hanya mampu hadir kerana pengaruh Budin ke atas bloggers dalam universenya sendiri.

Bloggers hardcore akan lekas terpesona dengan bicara bersahajanya yang acapkali mencuit deria rasa. Ada jiwa. Ada ironi. Ada sepi dalam tawa. Ada irama dalam tari. Ada saja nuansa ciptaannya yang menjadi ikutan dalam blog-blog lain. Dia memperkenalkan ungkapan ikonoklasme dalam ruang lingkup yg tersendiri.

Meneliti comments yg diterimanya setelah menyiarkan n3 Poems (about friendship) yg menyentuh hati sesiapa yg membaca, dapatlah kita andaikan bahawa ramai pengunjung yg suka berkawan dengannya. Dia sendiri mungkin tidak menyangka akan menerima impak sedemikian, tapi, kini terbukti sudah.

Di belakang tabir dialah peneraju RTM Dunia. Its a one-man show, katanya bila ditanya bagaimanakah skop tugasannya. Bermula dari petang Selasa hingga ke tengah malam Rabu, dia cuba mencari satu isu yg sedang hangat diperkatakan pada peringkat dunia.Dia perlu mencari bahan, melakukan penyelidikan dan memastikan persembahan rancangan segar dan sarat dengan input dan pada masa yg sama, tidak membosankan.


Sebagai blogger, Budin gemar bergurau dan sangat easy-going tidak kira pada pengunjung setia atau yang baru. Sebagai Penerbit, dia serius dan selalu saja mencari kelainan dalam program yg dikendalikannya setiap Ahad itu. Bersama teamnya, RTM Dunia ternyata sebuah program yg menjadi jendela kepada isu pergolakan semasa dunia.

Saat paling manis baginya adalah bila ramai golongan muda mula menonton RTM Dunia yang bersifat informatif dan agak ‘berat’. Samada mereka sanggup menunggu sehingga jam 11 malam kerana betul-betul berminat dengan hal-ehwal dunia atau semata-mata kerana Penerbitnya, itu tidak menjadi soal. Yang penting, mesej sampai kepada mereka. Dan mesej itu sampai kerana kegigihan dan ketelitiannya mencanai isu2 dunia yg berbangkit.

Bagaimana pula Budin sebagai The Real Person?

The Mysterious World of Bloggers

Mohon maaf sebelum dan sesudahnya.
Dari pengamatan saya selama lebih setahun yg lalu, bolehlah kita andaikan bahawa insan-insan bloggers ini mempunyai misteri dan mistik mereka yg tersendiri. Sesetengah daripada mereka memiliki aura yang tidak ada pada yang lain. Keistimewaan ini tiadalah mampu dihuraikan kerana seseorang blogger sudah pasti mempunyai daya tarikan berbeza terhadap individu berlainan. It goes back to the Law of Physics; unlike poles attract, like poles repel.

Peringkat yg saya huraikan di bawah adalah berbeza juga di kalangan bloggers. Ada yg mengambil masa 3-4 hari untuk beralih dari Peringkat D ke C atau F ke E. Ada pula selama berminggu-minggu malah berbulan-bulan barulah sampai ke Peringkat A. Semuanya ada hubungkait dengan umur/kerjaya/masa/kadar berinternet dalam 24 jam dsbnya.

Ada 6 peringkat bloggers
Peringkat F
Ada blog tapi tak pernah up-date
Ada blog, up-date seminggu sekali
Mula blog-hopping, belum berani tinggalkan jejak walau 4-5 kali masuk
Mula tinggalkan jejak di mana2 blog yg disukai

Peringkat E
Mula berbalas mesej pada kadar maksima 3-4 kali seminggu
Saling melawat blog pada kadar 10-12 blog sehari
Masih mencari blog yg akan disenaraikan sebagai favourites

Peringkat D
Mula mengirim emel pada tuanpunya blog (favourites)
Saling berbalas emel pada kadar 3-4 kali seminggu
Invite YM (dari alamat emel)
Mula berchat di YM
Selalu emel

Peringkat C
Jumpa di blog setiap hari
Minta nombor telefon (masa YM)
Mula sms
Mula call
Jarang emel

Peringkat B
Sms (sekurang-kurangnya 10 kali sehari)
Call (pada kadar berbeza setiap hari)
Blogging (termasuk chat/tinggalkan mesej di blog lebih 3-4 sehari)
Chat di YM
Emel (kurang atau lebih bergantung pada individu)

Peringkat A
Jumpa

Tanyalah diri, kalian berada di peringkat mana? Dan dengan siapa?

Resensi RTM1

BERITA BARU DITERIMA !!!
Saya baru saja mendapat sms bahawa pagi esok dalam segmen
Resensi - Selamat Pagi Malaysia di RTM1, ada temubual pendek saya
tentang novel 'Impian Terindah' dan juga novel terjemahan
yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Novel terjemahan 'Zuriat' di dalam bahasa Inggeris
bertajuk 'Genetic Peril'.
Andaikata ada kelapangan, saksikanlah...

Aphrodisiac

Salam Rabu!
Sejak zaman dulu, sesetengah makanan diketahui mempunyai keupayaan mengubah mood seseorang. Contohnya, makanan yg mempunyai banyak preservatives atau bahan pengawet mampu membuat seseorang kanak-kanak menjadi hyperactive. Tapi, kali ni mari kita bercakap tentang makanan aphrodisiac yg membangkitkan naluri atau keinginan untuk bermesra:

*Asparagus
Kerana keupayaan sayur ni, pada abad ke-19, tiga jenis hidangan berasaskan asparagus disediakan untuk pengantin lelaki! Selain daripada digoreng dengan belacan (seperti kangkung), asparagus juga boleh dicelur dan dicicah dengan sambal belacan. Ada dua jenis asparagus dijual di pasaraya: jenis putih (lebih besar, ehem...) dan jenis hijau (kecil, halus dan memang ada dijual di mana-mana hatta di Pasar Tani jugak.) Hah, pi beli 5 ikat sat lagi...

*Buah pisang
Bukan hanya kerana bentuknya, pisang mengandungi sejenis enzim bromelain yg meningkatkan keupayaan lelaki. Rasanya juga lemak, berkrim dan teksturnya halus melambangkan sesuatu yg mewah. Pisang adalah dessert yg ideal kerana ia mudah dibawa ke mana-mana, malah muat di dalam beg tangan...Buatlah pengat, kek, goreng, saute dengan madu dan badam, gulai lemak (pisang muda)...banyak variasi masakan dengan pisang tapi elakkan makan pisang yg 'berangin' nanti kembung...jadi cerita lain pulakk!!

*Caviar
Telur ikan lumpfish, salmon atau tuna. Yg paling mahal tentulah telur sturgeon. Ia tinggi mineral zinc, yg memberi stimulasi pada pembentukan testosterone, elemen terpenting dalam mengekalkan kejantanan seseorang lelaki. Sesetengah sushi pun ada diletak telur ikan ni (warna merah/jingga/hitam) walaupun jenis/mutunya tak sama...oleh kerana ia sudah diawet dengan garam, boleh dimakan begitu saja dari botolnya.

*Coklat
Mengandungi sedatif yg merilekskan dan mengurangkan perasaan rendah diri atau malu (bahaya, ni!!). Ia ada elemen merangsang untuk meningkatkan aktiviti dan keinginan untuk bersentuhan secara fizikal. Jadi, apa lagi...makan biskut coklat, kek coklat, puding coklat, roti coklat, donat coklat...tapi, berwaspadalah sebab coklat tinggi tahap kolesterolnya.

*Fig (buah tin)
Orang Greek zaman dahulu menyambut musim memetik buah ini dengan upacara yg-tak-boleh-sebut-di sini beramai-ramai. Di negara kita, ia dijual dalam bentuk kering dan selalunya banyak time orang baru balik dari Mekah.

*Ginseng
Menambah keinginan untuk bersentuhan secara fizikal. Ada rasa nak cubit orang pun sama agaknya, hehe!

*Pewangi/haruman
Yg diperbuat daripada makanan seperti badam, vanila dan herba (rosemary, thyme, oregano, cendana) atau rempah ratus (kulit kayu manis, sesetengah jintan, cengkih, bunga lawang) bertindak sebagai pheromone yang berhubungkait dengan emosi dan deria bau. Petai tak termasuk kategori herba, eik?

*Ikan buntal
Sangat digemari di Jepun dan ia merupakan sajian eksklusif. Sekiranya bahagian beracun tak dibuangkan dengan betul, setitik saja akan membawa keracunan yg serius. The flirt with death is said to give a sexual thrill.

*Tiram
Sesetengah tiram selalu mengubah jantina dari jantan ke betina dan sebaliknya. Jadi, tiram dikatakan dapat memberikan pengalaman menjadi lelaki dan wanita pada masa yg sama...maknanya, sebagai seorang wanita, akan memahami kehendak lelaki dan sebaliknya. Wow...tapi, lepas ni jangan semua masakan bubuh sos tiram. Makan tiram yg betul tu! Cara makan: Perah jus lemon atas tiram mentah dan terus telan...jangan kunyah!!

*Truffles
Mungkin kerana baunya yg musky dan sukar mendapatkannya (ia hanya 'tumbuh' beberapa kaki di dalam tanah) jadi ia mempunyai elemen yg dikaitkan dengan keghairahan. Juga menerbitkan selera (hanya sedikit renjisan minyaknya pada makanan sudah memadai). Mengikut cerita zaman dulu, salam satu majlis perkahwinan, seorang pengantin lelaki yg ingin menambah kehebatannya telah memakan terlalu banyak truffle Alba sehingga maut. Dua biji truffle dalam botol kecil setinggi 4cm berharga RM50. Saya tahu kat kedai mana ada jual...haha!

Banyak lagi herba dan ulaman Melayu yg mempunyai ciri-ciri aphrodisiac, nanti saya huraikan lain kali, ya?

Pernahkah Terfikir?

Salam pagi Jumaat.

Cinta anugerah Tuhan. Cinta pada agama, bangsa dan negara. Itu cinta yang klise.
Bila bercinta, tentulah ada medium yg digunakan untuk berhubung.
Jom kita tengok beberapa klasifikasinya:

Zaman sebelum 1960an
* Kirim salam pada adik/kakak yg disukai oleh pria/pemuda. Bahasa dlm warkah, kanda-dinda.
* Kebanyakan ibubapa mencarikan jodoh untuk anak mereka, jadi peluang bercinta antara anak muda sangat minima. Kalau jumpa pun takat jeling2 je. Gadis kalau ke mana-mana, bertemankan makcik atau orang yg lebih tua. Ada yg dah bertunang baru berjumpa.
* Masa ni, bagi yg berpendidikan, mulai menulis surat.

Zaman 1970an - awal 1990an
* Mengirim surat/kad
* Menghantar telegram - orang selalu panik bila terima telegram kerana memikirkan soal2 kematian saja. Padahal, telegram dihantar supaya cepat sampai...mentaliti ni sukar dikikis.
* Bagi yg ada kemudahan, telefon awam/persendirian.

Zaman Siber
* Mengirim surat/kad - dianggap 'kuno' atau old-fashion.
* Panggilan telefon
* Hantar sms
* Kirim e-mel
* Berbual dalam Yahoo Messenger
* Bersembang dalam Blog
* Chatting di skrin televisyen (macam nak uar2kan ke seluruh alam)
* Kalau bertelefon canggih - mobile blogging

Kini orang2 yg bercinta tiada alasan lagi untuk tidak menghubungi.
Haha....nasiblah.

Darihal Tukang

Salam manis.

Ramai orang masih keliru di antara istilah 'Chef' dan 'Celebrity Chef'. Ada yg fikir kita saja-saja suka letak title tu, padahal, tidak...

Seseorang digelar 'Chef' sekiranya dia dah ikuti kursus memasak secara formal di institusi tertentu atau di akademi memasak. Ia mungkin memakan masa 6 bulan hingga 3 tahun. Misalnya, UiTM menawarkan Dip in Culinary Arts. Banyak kolej swasta yg lain juga mewujudkan kursus yang melibatkan penyediaan makanan dll. Sedia duit je. Di Kolej Komuniti, kursus hujung minggu juga diadakan untuk surirumah atau sesiapa saja yg berminat dalam bidang masakan. Yuran sangatlah berpatutan. Lepas ikuti kursus gerenti boleh buka perniagaan catering. Cop jempol.

Seseorang chef yg baru graduate selalunya memulakan karier di hotel. Mereka diassignkan Work Stations dan diberi tugasan menyediakan juadah. Contohnya, pastri/kek/puding/roti atau masakan Western/Melayu/Jepun. Pihak hotel selalunya menempah kuih-muih Melayu daripada individu atau caterer untuk menjimatkan masa.

Cara chef hendak naik di dalam hierarki perhotelan amat unik. Katakanlah dia mula-mula bekerja sebagai First Cook di hotel 5-star. Setelah 3 tahun, dia layak memohon jawatan Chef de Partie (supervisor) di hotel 3-star. Setelah 3 tahun lagi, dia boleh memohon jawatan yg sama di hotel 5-bintang pula. Beberapa tahun kemudian, dia boleh kembali ke hotel 3-star memegang jawatan Sous Chef (tahap management).

Manakala 'Celebrity Chef' seringkali mempunyai background sebagai Guru ERT (Ekonomi & Rumahtangga). Ada yg dicungkil bakat mereka melalui pertandingan memasak anjuran majalah dsbnya. Mereka menyumbangkan resepi di pelbagai majalah/akhbar dan lama-kelamaan diberi peluang muncul dalam rancangan masakan di tv. Penerbit buku pula akan menawarkan peluang membuat buku masakan. Dari situlah karier mula meningkat. Ada juga di antara mereka ditaja ke luar negara untuk mempromosikan masakan Malaysia (terutama masa Pameran Perdagangan). Jadi, adalah peluang ke London, Paris, Beijing atau Australia. Tahap yg boleh dikategirikan sebagai 'otai'/tertinggi mungkin sebagai hakim pertandingan memasak peringkat kebangsaan.

Saya dengar ramai Chef marah kalau tukang masak yg sepatutnya cuma Celebrity Chef digelar Chef. Kalau ada istilah jururawat, kenapa tak de jurumasak? Zaman dulu, orang yang handal membuat keris dipanggil Pandai Besi. Jadi, orang yang pandai memasak, bukankah Pandai Dapur? Hehehe...

Thursday, November 6, 2008

Sepetang di Kelana Jaya

Hujung minggu lepas saya menghadiri majlis perkahwinan di Dewan MPPJ, Kelana Jaya. Ia untuk meraikan dua orang anak lelaki Pn Maizam Abdullah. Saya kenal Pn Maizam sejak tahun 1992 bila saya memasuki Pertandingan Memasak anjuran majalah Jelita-Kelloggs. Malah ketika mula-mula bergiat dalam bidang masakan, beliaulah yg banyak membantu saya dalam menulis resepi dan selok-belok masakan (untuk dimuatkan di majalah). Budi Pn Maizam saya kenang selagi hayat dikandung badan.

Di majlis itu juga saya sempat berjumpa Jaafar Onn (sering jadi hos rancangan masakan yg saya sertai) dan Chef Wan. Beliau antara chef yg telah diperkenalkan oleh Pn Maizam dalam majalah Jelita sekitar 1990an dulu. Seperti biasa, celoteh Chef Wan memang menyeronokkan, ceritanya tentang pengalaman membuat rancangan masakan di Silk Road, China begitu mengujakan....


Wednesday, November 5, 2008

Sepetang di Kelana Jaya

Hujung minggu lepas saya menghadiri majlis perkahwinan di Dewan MPPJ, Kelana Jaya. Ia untuk meraikan dua orang anak lelaki Pn Maizam Abdullah. Saya kenal Pn Maizam sejak tahun 1992 bila saya memasuki Pertandingan Memasak anjuran majalah Jelita-Kelloggs. Malah ketika mula-mula bergiat dalam bidang masakan, beliaulah yg banyak membantu saya dalam menulis resepi dan selok-belok masakan (untuk dimuatkan di majalah). Budi Pn Maizam saya kenang selagi hayat dikandung badan.

Di majlis itu juga saya sempat berjumpa Jaafar Onn (sering jadi hos rancangan masakan yg saya sertai) dan Chef Wan. Beliau antara chef yg telah diperkenalkan oleh Pn Maizam dalam majalah Jelita sekitar 1990an dulu. Seperti biasa, celoteh Chef Wan memang menyeronokkan, ceritanya tentang pengalaman membuat rancangan masakan di Silk Road, China begitu mengujakan....


Monday, November 3, 2008

Those moments...

Bored moments. Inilah wajah saya time boring sangat, tengah "memandu" dalam kesesakan trafik. Sebenarnya bukan memandu kerana kereta hanya bergerak 12 inci dalam masa 5 minit. Duduk di KL kena banyak bersabar...Masa peak hours kena peruntukkan sekurang-kurangnya 1 jam untuk sampai ke destinasi yg selalunya ambil masa 15 minit waktu biasa.

Rare moments. Saya di Old Town White Coffee, tempat lepak favourite keluarga. Saya selalu makan roti dgn serikaya serta kopi susunya. Kadangkala roti yg dihantar dah sejuk, tu yg tak seronoknya. Karipaf dan mi kari pun sedap. Mata sembab sebab baru habis nangis tulis bab hero bergaduh dengan heroine, adess....

Delightful moments. Memandu adalah satu terafi yg mengujakan sebab di kesempatan itu saya akan mendengar lagu sentimental atau apa saja halwa telinga yg berbekas di hati. Kadangkala plot yg sukar ditulis akan terungkai bila berfikir dalam suasana santai seumpama ini... Hands-free adalah satu kewajipan...


Monday, October 6, 2008

Ucapan Raya

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
untuk semua pengunjung
MAAF ZAHIR BATIN
semoga kita semua dirahmati sepanjang masa,
carilah keredhaan-NYA setiap waktu.


Thursday, September 25, 2008

Tag Adindaku

Hujan tidak ribut pun tidak, adinda saya telah men-TAG saya. Untuk menyahut cabarannya (dalam mood berseronok hari lebaran), inilah jawapan saya:

FIRST TIME NAIK KAPAL TERBANG
September 1980, ke London.

FIRST TIME MELAHIRKAN ZURIAT
Soalan ni bersifat feminisme, ahaks.

FIRST TIME PERGI OVERSEA (jawapan sama soalan teratas)

FIRST TIME DUK JAUH DARI FAMILY
Waktu masuk hospital, umur 7 tahun. Kena tinggal, malam2 nangis pastu kena tengking dek makcik nurse. Cian budak2...!!

FIRST TIME RASA DIRI GEMUK
Bila pregnant, adess.

FIRST TIME WORKING
Januari 1984, firma contractor di BBPlaza. Datuk H, apa khabar?

FIRST TIME BERCINTA
Dgn "Asmawi" dlm novel Arca Impian...ehem.

FIRST TIME MERASAKAN DIRI CANTIK
Tak pernah terlintas di fikiran; terima seadanya.

FIRST TIME TENGOK WAYANG
Umur 16 tahun, dgn jiran India (perempuan la, aiyoyo...) citer Saturday Night Fever. Masa tu budak2 remaja minat giler kat John Travolta, fuhhh.

FIRST TIME MASUK HOSPITAL
Umur 7 tahun kerana muntah2 lepas makan terlalu banyak durian dan rambutan. Cikgu hantar ke hospital sebab pengsan di sekolah lepas lompat2 main hulahoop. Weii...

NAMA-NAMA PANGGILAN
NY panggil "lina"
Family panggil "along"

Nama komersial “puan lin"
Bloggers panggil “norz”

School friends panggil “norza”

Paling banyak orang panggil "kak lina"
Anak2 sedara (sebelah NY) panggil “mak ngah”
Anak2 sedara (sebelah saya) panggil “mak long”

Kawan anak2 panggil "aunty"
Dlm majlis rasmi panggil “puan nor”
Orang2 tertentu panggil “zai"

Nanti bila ada cucu nak suruh panggil "nenda"

ANDA SEORANG YANG..
1. Workaholic
2. Suka memasak (tak suka makan, tapinya..)

3. Suka membaca
4. Suka melancong
5. Suka berahsia

INSAN TERISTIMEWA
NY

FAVERET FOOD
Anything yg ada nuts & sardines...

FAVERET COLOUR
Light lavender & pastel green.

FAVERET SONG
Hmm...depends on mood.

YANG BUAT ANDA STRES
1. Bila client bayar lambat tanpa alasan kukuh.
2. Kena Q panjang kat mesin ATM, bila dah sampai “out of service” pulak dahh!!
3. Beli barang kena tipu...huwaaa.


3 MENDE YG MESTI ADA DLM HANDBAG
Handphone, purse, lipstick.

KALI TERAKHIR ANDA NANGIS BERIA-IA
Ni rahsia besar negara, hehehe...

Thursday, September 18, 2008

Aktiviti Rabu


Kelmarin saya menjadi model jemputan di sebuah syarikat penerbitan. Saya ditatariaskan oleh Amy Janz, seorang jurumekap artis yg amat dikenali ramai. Setiap langkah make-over bakal ditunjukkan di dalam sebuah buku yg akan berada di pasaran tidak lama lagi.




Amy menunjukkan cara dan panduan bagaimana ingin memperlihatkan mata yg kecil/sepet menjadi besar. Sesi yg berlangsung hampir 4 jam itu agak memenatkan tetapi sangat menyeronokkan!! Jadi, 'merasalah' juga saya menjadi model...












Tuesday, September 16, 2008

Aktiviti 130908















Seperti biasa tahun ini, Adam AFCM dengan kerjasama Mydin USJ menaja barang2 untuk anak2 yatim dari Teratak Shifa'. Saya bersama Najihah, salah seorang daripada mereka yg saya temani membeli-belah. Najihah berusia 11 tahun dan agak pendiam tetapi kelihatan seronok kerana mendapat dua pasang baju kurung, sepasang kasut, skirt serta blaus dan alat2 tulis.












Saya bersama Najihah, Lala & Kak Long. Kami gembira melihat keceriaan di wajah anak2 itu. Malah ada yg ingin memanggil salah seorang AJK Adam AFCM sebagai "mama". Bagi mereka, sambutan Syawal tahun ini amat bermakna kerana berpeluang berbelanja di sana.












Mengabadikan kenangan dengan AJK Adam AFCM di hadapan rumah Pn.Maridah. Foto kanan : Adam AF bergambar dengan kakitangan Mydin dan 20 orang anak2 yatim di pintu masuk Mydin USJ yg penuh sesak dengan pengunjung sempena Hari Raya tidak lama lagi...


Sunday, August 31, 2008

Selamat Berpuasa

To all Muslim friends, no matter where you are. May this Ramadan brings good health and the strength to do Terawih prayers, to tadarrus and to carry out scores of other good things;
so that we will be able to reap the most pahala. InsyaAllah.

Saturday, August 16, 2008

Awards


Teman blogger yg sama-sama melalui pelbagai kenangan pahit-manis bersama, Combi, memberikan Award yg istimewa ini. So colourful macam rainbow, you! Thanks a lot, I appreciate it...let's wish for better things to come in future.


Inilah BEAR HUG pemberian Jun yg sentiasa kreatif memasak pelbagai resepi kegemaran keluarga. Keep up the good work to Jun & the rest of the moms out there. Juga dads yg memang rajin ke dapur...tentu meriah kalau sesekali bertukar selera...takkan air tangan ibu saja, kan?

Thursday, August 14, 2008

Final Day

Semenjak 45 hari yg lalu, saya terlibat dengan pelbagai projek memasak. Ia memang saat-saat genting yg memerlukan bukan saja tenaga (fizikal) yg banyak tetapi juga kekuatan mental. Setiap assignment adalah dugaan untuk menghasilkan masakan terbaik dan memberikan tumpuan yg tidak berbelah bagi. Setiap bahan dan sukatan mesti tepat supaya sesiapa yg mencuba akan mendapat hasil masakan yg sama. Walaupun, kata orang, air tangan seseorang juga memainkan peranan dalam menentukan sedap atau sebaliknya...

Sepanjang masa itu juga saya telah menyediakan anggaran 208 masakan. Bila berbicara tentang masakan, kita juga bercakap perihal kesabaran. Ini adalah kerana setiap masakan perlukan ketelitian. Samada ketika membeli bahan segar, menyukat, memotong, menumis atau membakar; kita berhadapan dengan keadaan yg menuntut kesabaran. Kadangkala kuih perlu dikacau atas dapur selama 1 jam sebelum ia masak.

Memasaklah dengan penuh kasih kerana perasaan itu akan 'meresap' ke dalam masakan lantaran membuatkan ia lebih sedap dan menggembirakan sesiapa yg menikmatinya...Terima kasih buat semua yg memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat sepanjang waktu tersebut. Kalian yg singgah meninggalkan jejak atau sebaliknya, saya hargai setiap kunjungan...

ps: Hari ini assignment terakhir memasak untuk majalah, saya sangkut apron dan mulai buat research untuk novel saya yg terbaru, ehem...selain buat revision untuk Morse Code, tu cikgu saya dah jeling, ahaks...!


Tuesday, July 1, 2008

Keputusan Kuiz 'Menanti Kasih'

Inilah jawapan kepada soalan kuiz novel terbaru saya:
1) Nama taman perumahan tempat tingal nenek Farhana ialah Taman Syahbandar, Temerloh, Pahang.

2) Nama datuk Farhana tidak dinyatakan dalam novel Menanti Kasih .

3) Minuman kegemaran datuk Farhana ketika ke kedai Haji Kasawari ialah teh tarik .

4) Kailan dan Uncle J adalah orang yang sama, seorang penyiasat persendirian yang ditugaskan untuk menyiasat dan mengekori Farhana bagi mengetahui tempat persembunyian Giovanni .

5) Elee merupakan teman serumah baru Farhana . Berasal dari Melaka, seorang yang pendiam, dan bekerja sebagai seorang juruwang di kedai buku Popular Suria KLCC .

6) Kawasan Pergunungan Alps yang terletak di daerah Simplon Pass merupakan tempat pertemuan pertama Farhana dengan Giovanni .

7) Sharifah Zanura bt Syed Zakwan atau Shaza yang meminjamkan BMWnya kepada Kamel .

8) Kereta Terrano hitam merupakan kenderaan yang dinaiki oleh penculik Ahmad Ridzafi .

9) Datuk Syahbudin merupakan rakan niaga bapa Widya dalam projek perumahan di Qatar .

10) Mat Gebu merupakan jiran mak ngah Farhana yang merupakan seorang katerer yang dikenali ramai .

TIGA penyertaan terawal yang telah dipilih bagi memenangi kuiz adalah:
(1) Norfazila Nordin* (e-mel, 3 Mei 08) voucher RM150
(2) Junidah Sujak (e-mel, 17 Mei 08) voucher RM100
(3) Hamidah Md Zen (e-mel, 9 Jun 08) voucher RM50

Tahniah kepada pemenang2!! Sila e-mel kepada saya alamat & samada anda mahukan voucher membeli-belah Jaya Jusco atau Parkson. Terima kasih kepada kalian yg telah menghantarkan penyertaan...

*Kebetulan nama bapa sama (bukan adik saya, tau?)


Saturday, June 14, 2008

Dedicated to all fathers

DADS are special people
No home should be without,
For every family will agree
They're 'SO NICE TO HAVE ABOUT'

Sometimes they're most demanding
And stern, and firm and tough
But underneath they're 'soft as silk'
For this is just a 'BLUFF'

But in any kind of trouble
Dad reaches out his hand.
And you can always count on him
To help and understand

And while we do not praise Dad
as often as we should,
We love him and admire him,
And while that's understood,

It's only fair to emphasize
His importance and his worth -
For if there were no loving Dads
This would be a 'LOVELESS EARTH'.

~ Helen Steiner Rice ~

Wednesday, June 11, 2008

080608

Tanggal 080608 membawa makna yg tersendiri dengan kedatangan (secara mengejut) lima orang bloggers yg memang kami kenali sejak Msjbox Camping di PD lagi. Foto di atas, bersama Junaidix & Tuah. Sms dari Kasawari jam 9.45 pagi tu muncul waktu kami baru aje habis sarapan. Malam sebelumnya, keluarga saya berkumpul di rumah menyambut ulangtahun bonda yg ke-64...hehe, tengok bekas barbeque kat belakang tu, tak sempat nak bersihkan lagi..

Retna begitu manis & ayu (serta slim, ahaks) rajin membantu di dapur. Saya hidangkan jeruk buah (dari Pulau Pinang), mempelam (dari Perlis) & kek marble butter (sempena birthday bonda saya). Retna tak lepaskan peluang ambil gambar2 koleksi coke jejaka berbaju biru tua tu...

Kasawari & Linda begitu ceria & sentiasa tersenyum dalam limpahan kebahagiaan yg berpanjangan. Sempat lagi berborak pasal bola & sesekali tawa kami pecah mengenangkan detik2 kenangan yg pernah dilalui bersama. Sampai juga mereka ke rumah kami setelah kami ke Kulai tak lama dulu. Sehingga bertemu lagi andaikata umur panjang, insyaAllah...persahabatan menerusi dunia blogging amat unik & punya keindahan yg tersendiri.

Wednesday, June 4, 2008

Indera Kayangan










Mungkin tak ramai yg tahu, ada sebuah tempat peliharaan burung2 kasawari dalam perjalanan ke Padang Besar, Perlis (20 km dari Kangar). Burung2 yg jinak ini berkeliaran di dalam kandang dan anda dapat melihat pelbagai aksi mereka tanpa dikenakan sebarang caj. Salah satu hidangan yg wajib dinikmati bila berkunjung ke Padang Besar ialah Pulut Ayam. Ia adalah ayam goreng yg diperap dengan rempah khas dan dimakan dengan sos cili, bawang goreng dan pulut tanak. Hati dan mempedal goreng boleh dipesan berasingan.










Saya sempat berposing dengan seekor kasawari (yg nampaknya sporting betul...). Bersama putera & puteri2 di hadapan Banjaran Nakawan, di mana terdapat daya tarikan terbaru negeri Perlis iaitu Gua Kelam 2. Sebuah keretapi terbuka membawa 20 penumpang sedalam 400 meter melalui gua sehingga ke bahagian terluas di mana, pada zaman dulu, giat dijalankan aktiviti melombong bijih timah. Gua Kelam kira2 20 minit perjalanan dari Padang Besar.







Arked membeli-belah di Padang Besar, Perlis. Kebanyakan barang2 yg dijual adalah dari Thailand seperti kain-baju, makanan ringan, barangan kulit, periuk-belanga, aneka plastik, permainan, beg, kasut & pelbagai jenis kerepek, beras pulut, pulut hitam dll. Harganya pada musim cuti sekolah, tentulah meningkat. Jalan sempit di hadapan gerai menambah kesesakan. Pemandangan ladang getah di pedalaman. Dikatakan kini sesetengah penoreh getah (bergantung pada keluasan ladang) mampu memperolehi hampir RM1K sehari...?
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez