Saturday, March 15, 2008

Kelmarin dalam Kenangan

Tiba-tiba tengahari kelmarin (Khamis), saya diserang pening kepala, rasa nak muntah & cramp kaki kanan. Sejak Rabu saya memang rasa penat (mlm tu tidur pukul 10, bayangkan...selalunya time tidur saya 12.30!). Terpaksalah NY bergegas pulang dari ofis untuk membawa saya ke klinik. Selama 1 jam saya diperiksa, buat ECG & diambil blood pressure sebanyak 4 kali. ECG ok. Cuma BP tinggi dari biasa.

Inilah kali ke-2 saya mendapat simptom yg sama. Kali pertama September tahun lepas. Puncanya, berpeluh terlalu banyak kerana excessive exercise. Tak percaya? Kata doktor, ia juga kerana schedule yg padat dan tiada rehat langsung...huhu. Bila berpeluh, minerals di dalam tubuh keluar dgn banyak. Jika ia tidak ditambah (dgn pengambilan potassium: pisang/prun) atau brokoli (paling banyak minerals), terjadilah cramps (sengal tulang/sakit sendi).


Sebenarnya pada hari Selasa, saya menjalani rawatan Infra-red (seperti sauna tetapi menggunakan cahaya infra-red untuk mengeluarkan peluh). Setelah 25 minit, memang berpeluh banyak. Bila balik rumah pun, terus berpeluh. Kawan lama saya yg mengesyorkan rawatan tu. Ia mempunyai banyak kebaikan tapi, rupa2nya ada juga keburukan... Sekali rawatan dapat membakar 900 kalori (jika jogging atas treadmill selama 30 min baru membakar 100 kalori!) tetapi kesannya, kekurangan drastik minerals di dalam tubuh. Inilah yg mengakibatkan imbalance pengaliran darah ke otak (yg menyebabkan pening/dizzy).

Jadi, buat sementara saya kena take-it easy (hehe, jangan harap...). Minum air ORS & makan ubat untuk hilangkan pening kepala & loya. Jika hendak exercise kena gradual, tak boleh terlalu over. Bila menulis novel, kena lebih relax, tak boleh over-excited nanti degupan jantung terlalu laju & tekanan darah naik. Sure, sure...saya ingat la kut untuk seminggu-dua ni...hihi...kata NY, hari ahad saya kena jauhkan diri dari komputer. Ahaks.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez