Friday, May 9, 2008

Mrs Python & I

Temujanji pertama saya dengan Noh dari Johor Baharu (dalam usaha membuat penyelidikan perihal dunia mistik & kejadian aneh) di Zoo Negara baru-baru ini rupa-rupanya mengukir pengalaman "manis" saya bertemu dengan seekor ular jenis Yellow Albino Burmese Python! Geli? Hehe, tidaklah...ngeri sikit, adalah.

Inilah close encounters pertama saya dengan ular yg besar (& berat!). Badannya dingin, sepasang matanya merah, sisiknya licin dan berkilat dan corak putih-kuningnya begitu cantik. Waktu saya memegangnya, saya dapat rasakan pergerakan kecil otot-ototnya dari hujung ekor sehingga ke kepalanya. Python ini sangat "jinak" dan kepalanya bergerak perlahan-lahan ke serata arah.

Semasa meninjau bahagian reptilia di situ, saya sempat melihat anak-anak ular yg diletakkan di dalam bekas plastik. Ada ular yang terlalu bisa ditempatkan di dalam bekas yg gelap. Ada juga ular yg menyembur racun (jelas kelihatan bekas racun pada dinding kaca). Dan dua ekor ular tedung hitam yg diam di dalam sebuah sangkar suka 'menyorok' di tempat gelap.

Tahukah anda bahawa penyebab utama kematian ular adalah sembelit? Ini adalah kerana ular jarang minum air. Jika ular tak makan selama 2-3 hari, petugas terpaksa menyuapkan makanan ke mulut mereka! Ada juga tempat khas menetaskan telur ular. Paling saya ingati, tempat ular itu agak berbau dan di beberapa tempat tergantung kulit-kulit ular yg sudah kering...

Thursday, May 1, 2008

Minumlah Air Suam

Kepada sesiapa yang gemar minum air ais atau sejuk, fakta ini sangat bermakna. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam semasa dan selepas makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez