Friday, December 19, 2008

Bertemu Juraidah

Selasa lalu di Kompleks PKNS, Shah Alam. Pertemuan pertama saya dengan Juraidah dari Sekinchan. Jika kalian nak tahu, Juraidah sering mengirimkan keratan akhbar dan majalah (yg ada artikel tentang saya). Sudah lebih dua tahun kini. Ada di antara artikel yg dikirimnya itu, saya sendiri tak tahu ia keluar di dalam majalah!

Dia melakukan secara suka-suka dan mempunyai ramai kenalan di kalangan selebriti, penulis, ahli sukan, orang2 kenamaan dll. Hobinya ini begitu unik dan dia menyimpan banyak rahsia tentang mereka. Gadis ini amat peramah dan suka tersenyum. Namun dia tidak gemar makan nasi. Itulah sebabnya kami berjumpa di KFC. Sama seperti waktu dia bertemu Sri Diah tidak lama dulu. Pelbagai pengalaman menarik disimpan oleh Juraidah dan kami amat gembira hari itu.

Cikgu Azamiah (yg merupakan jiran Juraidah) menemaninya. Kebetulan dia ada hal di Shah Alam. Terima kasih, cikgu, kerana merealisasikan impian Juraidah untuk bertemu dengan saya...


Monday, December 15, 2008

Sabtu di Port Dickson

Makan tengah hari di sebuah restoran tidak jauh dari Guoman Hotel. Malangnya, masak lemak cili api ikan patin tidak pedas langsung dan mematahkan selera. Ramai orang berpendapat, makanan di PD tak begitu menyelerakan, tiada restoran yg betul2 outstanding....harap ada yg beri komen (jika boleh recommend restoran/gerai yg bagus).

Restoran ikan bakar berhampiran sebuah temple besar (jalan ke Teluk Kemang, berdekatan roundabout) boleh dikirakan enak juga tetapi masih kurang umphh. Malam minggu memang penuh dengan pengunjung, bersedialah untuk menunggu hidangan selama 1 jam!

Bersama 'geng' di Taman Teluk Kemang. Ada keramaian - pameran, pertunjukkan kebudayaan, menaiki kuda, jualan dll. Orang teramatlah ramai. Ada yg berkhemah dan berkelah. Permainan di laut - banana boat, jeti-ski dll. Panas terik waktu ni...

Pemandangan di Pantai Batu Biru sewaktu mentari sedang mengengsot ke ufuk barat. Jeti ini adalah tempat ikan-ikan segar dibawa naik oleh nelayan. Hanya ada sebuah homestay dan restoran kecil di sini. Keadaan aman.

Di jeti Pengkalan Kempas, sebuah pelabuhan yg terkenal di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sila lihat di sini untuk cerita Kompleks Sejarah Kempas. Air sungai amat keruh dan terdapat excursions menaik bot untuk mudik serta pergi ke habitat asli buaya. Pekan Kempas agak kecil (hanya terdapat dua deretan rumah kedai milik peniaga Cina).

Wednesday, December 3, 2008

Polo

Seperti biasa, setiap petang kami biarkan Polo keluar ke halaman rumah...tapi pada petang itu, Polo lambat balik. Kami mencari dia di sekeliling rumah tapi tak jumpa.

Kira-kira jam 5, Polo balik sendiri sambil melangkah lemah kerana kaki kiri (belakang) dan kaki kanan (depan) nampak seperti cedera. Dia juga termuntah dan tercirit. Kami bergegas ke klinik haiwan. Polo diperiksa dengan teliti. Menurut doktor, kakinya tak cedera. Mungkin bahagian dalaman terutama hati (liver).

Jadi, doktor berikan IV Drip untuk mengurangkan bengkak hati (jika memang ada). Polo juga diberi suntikan ubat penahan sakit dan pil untuk keesokan harinya. Kata doktor, adalah biasa jika kucing cedera, ia akan tidur lama.

Di rumah, Polo nampak tak bermaya namun dia gagahkan juga berjalan ke sana ke mari atau tidur di tengah2 pintu bilik saya atau anak2. Kadangkala dia masuk ke bawah katil dan duduk diam2. Dia juga hanya minum air. Esoknya, dia bangun dan muntah. Kemudian tidur. Namun tidurnya kali ini adalah paling panjang kerana dia tidak bangun2 lagi. Anak2 dan saya menangis.

Kami kebumikan Polo di halaman rumah berdekatan pokok bunga cempaka.

:: Polo was the greatest cat that we've ever had. He died due to internal injuries. Cats can make us laugh. And cry... ::


 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez