Wednesday, December 3, 2008

Polo

Seperti biasa, setiap petang kami biarkan Polo keluar ke halaman rumah...tapi pada petang itu, Polo lambat balik. Kami mencari dia di sekeliling rumah tapi tak jumpa.

Kira-kira jam 5, Polo balik sendiri sambil melangkah lemah kerana kaki kiri (belakang) dan kaki kanan (depan) nampak seperti cedera. Dia juga termuntah dan tercirit. Kami bergegas ke klinik haiwan. Polo diperiksa dengan teliti. Menurut doktor, kakinya tak cedera. Mungkin bahagian dalaman terutama hati (liver).

Jadi, doktor berikan IV Drip untuk mengurangkan bengkak hati (jika memang ada). Polo juga diberi suntikan ubat penahan sakit dan pil untuk keesokan harinya. Kata doktor, adalah biasa jika kucing cedera, ia akan tidur lama.

Di rumah, Polo nampak tak bermaya namun dia gagahkan juga berjalan ke sana ke mari atau tidur di tengah2 pintu bilik saya atau anak2. Kadangkala dia masuk ke bawah katil dan duduk diam2. Dia juga hanya minum air. Esoknya, dia bangun dan muntah. Kemudian tidur. Namun tidurnya kali ini adalah paling panjang kerana dia tidak bangun2 lagi. Anak2 dan saya menangis.

Kami kebumikan Polo di halaman rumah berdekatan pokok bunga cempaka.

:: Polo was the greatest cat that we've ever had. He died due to internal injuries. Cats can make us laugh. And cry... ::


No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez