Friday, December 19, 2008

Bertemu Juraidah

Selasa lalu di Kompleks PKNS, Shah Alam. Pertemuan pertama saya dengan Juraidah dari Sekinchan. Jika kalian nak tahu, Juraidah sering mengirimkan keratan akhbar dan majalah (yg ada artikel tentang saya). Sudah lebih dua tahun kini. Ada di antara artikel yg dikirimnya itu, saya sendiri tak tahu ia keluar di dalam majalah!

Dia melakukan secara suka-suka dan mempunyai ramai kenalan di kalangan selebriti, penulis, ahli sukan, orang2 kenamaan dll. Hobinya ini begitu unik dan dia menyimpan banyak rahsia tentang mereka. Gadis ini amat peramah dan suka tersenyum. Namun dia tidak gemar makan nasi. Itulah sebabnya kami berjumpa di KFC. Sama seperti waktu dia bertemu Sri Diah tidak lama dulu. Pelbagai pengalaman menarik disimpan oleh Juraidah dan kami amat gembira hari itu.

Cikgu Azamiah (yg merupakan jiran Juraidah) menemaninya. Kebetulan dia ada hal di Shah Alam. Terima kasih, cikgu, kerana merealisasikan impian Juraidah untuk bertemu dengan saya...


No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez