Tuesday, April 1, 2008

Aktiviti Ahad

Kelmarin (Ahad, 30 Mac) jam 3.25 ptg. Kami bertolak ke Puchong utk bertemu bonda. Trafik sesak di MRR2 kerana hujan yg telah turun sejak sejam lalu. Oleh kerana NY perlu sudahkan projeknya, nampaknya saya laa yg kena jadi driver. Adess, leceh tak boleh laju sebab jalan licin & kenderaan berjejeran sepanjang lebuhraya. Selepas Komuter Serdang, barulah perjalanan lancar. Hujan terus turun sehingga ke destinasi. Mata mengantuk, saya layan lagu 'Rain'..pasal tak boleh nak bersembang dgn sesiapa sebab mereka semua sibuk...


NY dgn urgent project yg hendak disubmit hari selasa. Sambil jeling2 sebelah tengok saya yg sesekali menguap (boring traffic-jam...). Sepanjang perjalanan ke sana, dia sempat siapkan satu floor plan. Kak Long dgn assignment dia, kena design kediaman utk kanak2 istimewa. Bukan senang nak cari masa nak ziarah opah, hehe...Raga favourite saya jadi 'lapik' kertas projek dia!



Kak Daa layan novel Genetic Peril (yg diterjemahkan dari novel Zuriat karya wanita yg telah melahirkannya, hmm...). Nazifa pula sempat main game dgn handphonenya yg tergantung bear kecik warna pink...typical girls!! Separuh perjalanan, dia tertidur. Hari hujan memang sedap tidur dlm kereta...isk isk.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez