To all Muslim friends, no matter where you are. May this Ramadan brings good health and the strength to do Terawih prayers, to tadarrus and to carry out scores of other good things; so that we will be able to reap the most pahala. InsyaAllah.

Inilah BEAR HUG pemberian Jun yg sentiasa kreatif memasak pelbagai resepi kegemaran keluarga. Keep up the good work to Jun & the rest of the moms out there. Juga dads yg memang rajin ke dapur...tentu meriah kalau sesekali bertukar selera...takkan air tangan ibu saja, kan?
Semenjak 45 hari yg lalu, saya terlibat dengan pelbagai projek memasak. Ia memang saat-saat genting yg memerlukan bukan saja tenaga (fizikal) yg banyak tetapi juga kekuatan mental. Setiap assignment adalah dugaan untuk menghasilkan masakan terbaik dan memberikan tumpuan yg tidak berbelah bagi. Setiap bahan dan sukatan mesti tepat supaya sesiapa yg mencuba akan mendapat hasil masakan yg sama. Walaupun, kata orang, air tangan seseorang juga memainkan peranan dalam menentukan sedap atau sebaliknya...ps: Hari ini assignment terakhir memasak untuk majalah, saya sangkut apron dan mulai buat research untuk novel saya yg terbaru, ehem...selain buat revision untuk Morse Code, tu cikgu saya dah jeling, ahaks...!