Saturday, November 8, 2008

Aphrodisiac

Salam Rabu!
Sejak zaman dulu, sesetengah makanan diketahui mempunyai keupayaan mengubah mood seseorang. Contohnya, makanan yg mempunyai banyak preservatives atau bahan pengawet mampu membuat seseorang kanak-kanak menjadi hyperactive. Tapi, kali ni mari kita bercakap tentang makanan aphrodisiac yg membangkitkan naluri atau keinginan untuk bermesra:

*Asparagus
Kerana keupayaan sayur ni, pada abad ke-19, tiga jenis hidangan berasaskan asparagus disediakan untuk pengantin lelaki! Selain daripada digoreng dengan belacan (seperti kangkung), asparagus juga boleh dicelur dan dicicah dengan sambal belacan. Ada dua jenis asparagus dijual di pasaraya: jenis putih (lebih besar, ehem...) dan jenis hijau (kecil, halus dan memang ada dijual di mana-mana hatta di Pasar Tani jugak.) Hah, pi beli 5 ikat sat lagi...

*Buah pisang
Bukan hanya kerana bentuknya, pisang mengandungi sejenis enzim bromelain yg meningkatkan keupayaan lelaki. Rasanya juga lemak, berkrim dan teksturnya halus melambangkan sesuatu yg mewah. Pisang adalah dessert yg ideal kerana ia mudah dibawa ke mana-mana, malah muat di dalam beg tangan...Buatlah pengat, kek, goreng, saute dengan madu dan badam, gulai lemak (pisang muda)...banyak variasi masakan dengan pisang tapi elakkan makan pisang yg 'berangin' nanti kembung...jadi cerita lain pulakk!!

*Caviar
Telur ikan lumpfish, salmon atau tuna. Yg paling mahal tentulah telur sturgeon. Ia tinggi mineral zinc, yg memberi stimulasi pada pembentukan testosterone, elemen terpenting dalam mengekalkan kejantanan seseorang lelaki. Sesetengah sushi pun ada diletak telur ikan ni (warna merah/jingga/hitam) walaupun jenis/mutunya tak sama...oleh kerana ia sudah diawet dengan garam, boleh dimakan begitu saja dari botolnya.

*Coklat
Mengandungi sedatif yg merilekskan dan mengurangkan perasaan rendah diri atau malu (bahaya, ni!!). Ia ada elemen merangsang untuk meningkatkan aktiviti dan keinginan untuk bersentuhan secara fizikal. Jadi, apa lagi...makan biskut coklat, kek coklat, puding coklat, roti coklat, donat coklat...tapi, berwaspadalah sebab coklat tinggi tahap kolesterolnya.

*Fig (buah tin)
Orang Greek zaman dahulu menyambut musim memetik buah ini dengan upacara yg-tak-boleh-sebut-di sini beramai-ramai. Di negara kita, ia dijual dalam bentuk kering dan selalunya banyak time orang baru balik dari Mekah.

*Ginseng
Menambah keinginan untuk bersentuhan secara fizikal. Ada rasa nak cubit orang pun sama agaknya, hehe!

*Pewangi/haruman
Yg diperbuat daripada makanan seperti badam, vanila dan herba (rosemary, thyme, oregano, cendana) atau rempah ratus (kulit kayu manis, sesetengah jintan, cengkih, bunga lawang) bertindak sebagai pheromone yang berhubungkait dengan emosi dan deria bau. Petai tak termasuk kategori herba, eik?

*Ikan buntal
Sangat digemari di Jepun dan ia merupakan sajian eksklusif. Sekiranya bahagian beracun tak dibuangkan dengan betul, setitik saja akan membawa keracunan yg serius. The flirt with death is said to give a sexual thrill.

*Tiram
Sesetengah tiram selalu mengubah jantina dari jantan ke betina dan sebaliknya. Jadi, tiram dikatakan dapat memberikan pengalaman menjadi lelaki dan wanita pada masa yg sama...maknanya, sebagai seorang wanita, akan memahami kehendak lelaki dan sebaliknya. Wow...tapi, lepas ni jangan semua masakan bubuh sos tiram. Makan tiram yg betul tu! Cara makan: Perah jus lemon atas tiram mentah dan terus telan...jangan kunyah!!

*Truffles
Mungkin kerana baunya yg musky dan sukar mendapatkannya (ia hanya 'tumbuh' beberapa kaki di dalam tanah) jadi ia mempunyai elemen yg dikaitkan dengan keghairahan. Juga menerbitkan selera (hanya sedikit renjisan minyaknya pada makanan sudah memadai). Mengikut cerita zaman dulu, salam satu majlis perkahwinan, seorang pengantin lelaki yg ingin menambah kehebatannya telah memakan terlalu banyak truffle Alba sehingga maut. Dua biji truffle dalam botol kecil setinggi 4cm berharga RM50. Saya tahu kat kedai mana ada jual...haha!

Banyak lagi herba dan ulaman Melayu yg mempunyai ciri-ciri aphrodisiac, nanti saya huraikan lain kali, ya?

1 comment:

George Spataru said...

Interesting posts you have here ... I can see that you put a lot of hard work on your blog. I'm sure I'd visit here more often.
George
from european afrodisiac.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez