Saturday, November 8, 2008

Darihal Tukang

Salam manis.

Ramai orang masih keliru di antara istilah 'Chef' dan 'Celebrity Chef'. Ada yg fikir kita saja-saja suka letak title tu, padahal, tidak...

Seseorang digelar 'Chef' sekiranya dia dah ikuti kursus memasak secara formal di institusi tertentu atau di akademi memasak. Ia mungkin memakan masa 6 bulan hingga 3 tahun. Misalnya, UiTM menawarkan Dip in Culinary Arts. Banyak kolej swasta yg lain juga mewujudkan kursus yang melibatkan penyediaan makanan dll. Sedia duit je. Di Kolej Komuniti, kursus hujung minggu juga diadakan untuk surirumah atau sesiapa saja yg berminat dalam bidang masakan. Yuran sangatlah berpatutan. Lepas ikuti kursus gerenti boleh buka perniagaan catering. Cop jempol.

Seseorang chef yg baru graduate selalunya memulakan karier di hotel. Mereka diassignkan Work Stations dan diberi tugasan menyediakan juadah. Contohnya, pastri/kek/puding/roti atau masakan Western/Melayu/Jepun. Pihak hotel selalunya menempah kuih-muih Melayu daripada individu atau caterer untuk menjimatkan masa.

Cara chef hendak naik di dalam hierarki perhotelan amat unik. Katakanlah dia mula-mula bekerja sebagai First Cook di hotel 5-star. Setelah 3 tahun, dia layak memohon jawatan Chef de Partie (supervisor) di hotel 3-star. Setelah 3 tahun lagi, dia boleh memohon jawatan yg sama di hotel 5-bintang pula. Beberapa tahun kemudian, dia boleh kembali ke hotel 3-star memegang jawatan Sous Chef (tahap management).

Manakala 'Celebrity Chef' seringkali mempunyai background sebagai Guru ERT (Ekonomi & Rumahtangga). Ada yg dicungkil bakat mereka melalui pertandingan memasak anjuran majalah dsbnya. Mereka menyumbangkan resepi di pelbagai majalah/akhbar dan lama-kelamaan diberi peluang muncul dalam rancangan masakan di tv. Penerbit buku pula akan menawarkan peluang membuat buku masakan. Dari situlah karier mula meningkat. Ada juga di antara mereka ditaja ke luar negara untuk mempromosikan masakan Malaysia (terutama masa Pameran Perdagangan). Jadi, adalah peluang ke London, Paris, Beijing atau Australia. Tahap yg boleh dikategirikan sebagai 'otai'/tertinggi mungkin sebagai hakim pertandingan memasak peringkat kebangsaan.

Saya dengar ramai Chef marah kalau tukang masak yg sepatutnya cuma Celebrity Chef digelar Chef. Kalau ada istilah jururawat, kenapa tak de jurumasak? Zaman dulu, orang yang handal membuat keris dipanggil Pandai Besi. Jadi, orang yang pandai memasak, bukankah Pandai Dapur? Hehehe...

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez