Saturday, November 8, 2008

Warna-warni Kasawari

Tanggapan pertama saya tentang Kasawari - dia seorang yg amat cool. Tinggi orangnya, sesuai jika bermain basketball. Mudah tersenyum dan lirikan matanya begitu santai dan bersahaja. Karektor fatherly dan nampak sangat "boleh diharap". Begitu sabar dia menolak kerusi roda Linda yg akan menemui doktor (esok) bagi menjalani pemeriksaan lanjutan. Begitu memahami dan memikul tanggung jawab dengan begitu luhur. Caya la, bro!

Linda yg bertudung merah jambu amat manis dan ayu. Sungguh hangat dakapannya sewaktu saya memeluk erat dan mencium pipinya. Selalu melihat dia di dalam foto dengan anak-anak, rupa-rupanya begitu jugalah dia di alam realiti. Sangat lemah lembut dan mudah tersenyum. Sesekali dia akan tertawa kecil sambil mencuit mesra lengan suami di sisi. Alangkah romantisnya sentuhan itu...! Ehemm.

Tempat pertemuan pertama, di hadapan McD Alamanda, Putrajaya kira-kira jam 1.15 tengah hari Isnin, 070108. Itulah juga kali pertama Kasawari (yg sudah lama teringin, khabarnya...) bertemu dengan Budin. Mereka bersalaman sambil tertawa kecil dan menepuk-nepuk bahu. Bagaikan tidak percaya bahawa orang yg selama ini hanya ditemui di alam siber kini sudah berada di hadapan mata!

Kami beredar ke anjung Food Court di mana dedaun pokok2 palma beralun-alun dibuai angin yg sesekali melewati. Di situ lebih open dan dapat melihat langit biru dengan kepulan cumulonimbus yg memutih. Kami bertanya khabar dan dengan Linda, saya sempat bercerita perihal buku masakan dan novel.

Kira-kira 10 minit kemudian, Uncle J muncul dengan 2 anaknya (baru dijemput di sekolah). Cerita punya cerita, terbitlah kisah yg dia pernah bersekolah asrama. Saya tanya, sekolah mana? Tak sangka sama sekali, rupa2nya dia bukan setakat seasrama tapi juga satu batch dengan NY (sekitar 1972-77)! Aduhai, betapa kecil dunia ini...kami gila2 bergelak sakan kerana ia benar2 di luar dugaan! Seolah2 saya berdating dengan classmate suami...hampehh!

Perbualan bertambah rancak. Kalau duo Uncle J dan Budin penggamat keadaan, Kasawari penambah haru-biru. Sesekali kami tertawa juga teringatkan telatah bloggers yg pelbagai ragam. Kerap juga cerita Kasawari mencuit hati. Kami tergelak melihat Uncle J ketawa hingga merah mukanya! Budin pula tidak berenggang dengan handphonenya, sekejap dapat call, sekejap sms, tentu melayani 'seseorang', ekk elehh...

Menjelang 3.30 ptg, hujan gerimis membasahi bumi. Angin dingin terasa menyegarkan. Namun kerana tuntutan masa, kami terpaksa bersurai. Alangkah bagusnya, kami sepakat menyatakan, kalau dapat berweekend di resort dan terus berbual sehingga larut malam sambil menikmati barbeque di bawah cahaya bulan purnama...hihi, cerita keliwon pulak.

Kasawari, Uncle J dan Budin adalah watak2 dalam dunia blogging yg bagi saya, sangat down-to-earth. Jika zaman dulu orang berkenalan sebelum jadi akrab dan seterusnya mesra....kini, kita saling mengenali dan mesra di dalam blog sebelum bertemu. Bayangkanlah betapa 'syahdu' dan uniknya! Sesungguhnya, pengalaman begini tiada ternilai dengan wang-ringgit.

Sama cantik, sama padan,
bagaikan pinang dibelah dua,
hati terpaut melihat mereka,
sesudah berkenalan teramatlah mesra...

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez