Saturday, November 8, 2008

Siapa Budin?

Artikel ini bukan bertujuan mengundang kontroversi atau bersifat provokasi terhadap sesetengah bloggers tetapi hanya sebagai analisa sifat, perwatakan dan apa sebenarnya yg tersirat di sebalik yg tersurat dalam sesebuah blog-universe.

Saya selalu nampak Budin di blog OD. OD dan saya memang teman berblog Peringkat C (walau baru sekali ber-YM). Saya tegur Budin di blognya kerana tertarik dgn keletah tersendiri dan gila-gilanya melayani OD (yg sama hebat dgn sikap selambanya samada ketika menulis n3 mahupun menjawab soalan pengunjung di CBox).


Dari situ, Budin mampir ke blog saya. Ternyata background dunia penulisan masing2 menjadi satu landasan yg menarik untuk dijadikan kayu pengukur dalam mengukir persahabatan di alam siber. Ia menjadi platform ke arah diskusi yg lebih mantap kerana dia sangat berpengalaman dalam pelbagai aspek.

Dari n3 di blognya, ternyata dia seorang yang lucu. Ada saja jawapan sinis berbaur seloroh yang membuat pengunjungnya keep coming back for more. Kadangkala dia mengusik. Dan usikannya bisa membuat ramai yang tersipu malu atau tergelak terbahak-bahak. Ia jawapan yang bersifat universal. Bila ia terkena pada orang ini, anggapannya sebegini. Bila tersentuh pada orang itu, anggapannya sebegitu.

Budin juga gemar mengacah pengunjung setianya dengan pelbagai ungkapan bersifat double-meaning. Dalam dunia blogger, keupayaan ini bagaikan menghidangkan nasi dengan sambal belacan. Terasa pedas dan menyengat tetapi masih tetap dimakan kerana kesedapannya yang meninggalkan efek berpanjangan.

Budin jenis yg rileks dan santai. Sifat peramahnya bagaikan antidot dalam melayani pengunjung yg pelbagai ragam. Pengunjung baru kerap datang mewarnai blognya saban waktu kerana aura yg tidak kelihatan itu. Cara dia menyakat juga amat bersahaja dan tidak seperti dipaksa-paksa. Kita rasa macam kita dah kenal dia lama. Keupayaan berkomunikasi dgn cemerlang ini mungkin telah dikutipnya sepanjang masa menjadi wartawan, pelakon, penulis skrip dll.

Populariti Budin kian meningkat bila dia muncul di pelbagai blog sebagai Raja Budin, Tuanku Budin dan Maharaja Budin. Pertemuannya dengan UncleJ (antara blogger tersohor) juga mengundang bermacam spekulasi yang menjadi bahan bualan bloggers yang lain buat beberapa hari. Inilah impak yang hanya mampu hadir kerana pengaruh Budin ke atas bloggers dalam universenya sendiri.

Bloggers hardcore akan lekas terpesona dengan bicara bersahajanya yang acapkali mencuit deria rasa. Ada jiwa. Ada ironi. Ada sepi dalam tawa. Ada irama dalam tari. Ada saja nuansa ciptaannya yang menjadi ikutan dalam blog-blog lain. Dia memperkenalkan ungkapan ikonoklasme dalam ruang lingkup yg tersendiri.

Meneliti comments yg diterimanya setelah menyiarkan n3 Poems (about friendship) yg menyentuh hati sesiapa yg membaca, dapatlah kita andaikan bahawa ramai pengunjung yg suka berkawan dengannya. Dia sendiri mungkin tidak menyangka akan menerima impak sedemikian, tapi, kini terbukti sudah.

Di belakang tabir dialah peneraju RTM Dunia. Its a one-man show, katanya bila ditanya bagaimanakah skop tugasannya. Bermula dari petang Selasa hingga ke tengah malam Rabu, dia cuba mencari satu isu yg sedang hangat diperkatakan pada peringkat dunia.Dia perlu mencari bahan, melakukan penyelidikan dan memastikan persembahan rancangan segar dan sarat dengan input dan pada masa yg sama, tidak membosankan.


Sebagai blogger, Budin gemar bergurau dan sangat easy-going tidak kira pada pengunjung setia atau yang baru. Sebagai Penerbit, dia serius dan selalu saja mencari kelainan dalam program yg dikendalikannya setiap Ahad itu. Bersama teamnya, RTM Dunia ternyata sebuah program yg menjadi jendela kepada isu pergolakan semasa dunia.

Saat paling manis baginya adalah bila ramai golongan muda mula menonton RTM Dunia yang bersifat informatif dan agak ‘berat’. Samada mereka sanggup menunggu sehingga jam 11 malam kerana betul-betul berminat dengan hal-ehwal dunia atau semata-mata kerana Penerbitnya, itu tidak menjadi soal. Yang penting, mesej sampai kepada mereka. Dan mesej itu sampai kerana kegigihan dan ketelitiannya mencanai isu2 dunia yg berbangkit.

Bagaimana pula Budin sebagai The Real Person?

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez