Saturday, November 8, 2008

Eating Experiences

Makan di restoran pasti meninggalkan banyak pengalaman, kan? Terutama bagi saya yg kerap jadi Hakim Pertandingan Memasak, secara sedar atau tak, asyik2 nak menilai saja masakan orang lain. Kadangkala memang 'tersiksa' jugak. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri...

* V-Station
Tempat ni memang agak grand. Ada aura keInggerisan. Tengok menu pun confirm semuanya Western. Kami pergi 9 orang termasuklah abang ipar yg baru terima bonus (dia nak belanja laa...apa lagi, hehe). Yg bestnya di tempat2 macam ni, tak payah fikir pasal nak parking kat mana sebab disediakan Valet. Turun kat depan restoran, serahkan saja kunci dan petugas akan letakkan kereta untuk kita. Hmm, lepas tu kena bayarlah.

Kalau pergi restoran, time order semua orang pandang kat saya, minta pendapat. Yg mana sedap, yg tu apa rasanya, yg ni macam mana sosnya..? Dah jadi macam sesi soaljawab masakan pulak. Nak tergelak pun ada. Mujur kami dapat private room dengan meja besar. Amat eksklusif gitu. Nak tergelak sekuat mana pun takpe.

Semua orang tetiba berpakat nak makan lobster atau udang kara. Kan mahal benda ni? Tapi sebab orang yg nak belanja tu kata Go Ahead, kami pun apa lagi...pelayan pun bawa masuk seekor udang fresh dan tunjukkan. Semua angguk. Nak masak apa? Sayalah lagi jadi tukang rujuk, haha. Lepas tu, makanan lain pun dibawa masuk. Sajian biasa - Blackpepper Steak, Fish-n-Chips, Lamb Chops, sup, lobster, puding, aiskrim...

Bila bil datang, semuanya ternganga kerana paling mahal tentulah lobster tu, RM60 untuk 100 gm. Beratnya 450 gm (250 gm cuma kulit dan lain2 yg tak boleh digigit pun sebab keras...). Harga untuk isi lobster yg lebih kurang 1 cawan saja adalah RM270!! Pada saya lobster gah hanya kerana sukar mendapatnya dan kalau diternak, lama pula nak tunggu dia besar. Padahal isinya rasa macam sabun aje...Oppss, sorry pada penggemar lobster...

* Restoran Lampu
Tipikal restoran mamak berbau rempah. Open air dan banyak kerusi-meja macam majlis khenduri kahwin. Petugas import yg beruniform mundar-mandir. Sibuk. Jarang yg tersenyum. Time lunch orang beratur di sekeliling kaunter, tunjuk lauk ni, nak tambah kuah tu...

Kalau pergi situ, tak sahlah kalau tak makan kari kepala ikan. Semua jenis lauk pun diangkut letak atas meja warna keluli yg berkilat habis tu. Ok jugalah rasanya sebab restoran ni memang terkenal seantaro Malaya. Sayur kubis goreng kunyit, kacang panjang goreng lunyai, ayam goreng berempah, ayam kicap (kandar-style), sambal sotong, kuah kari 3 jenis, ayam madu...hmm, menu ikan memang limited sikit.

Yg pergi tu semua 'kaki mamak' jadi, perkhidmatan saya sebagai pakar rujuk menu tak diperlukan lagilah. Masa tengah makan, bil pun diselitkan bawah pinggan kecil berisi acar. Satu cara untuk mematahkan selera kerana kita pun masih tengah sedap makan! Tengok bil, terkejut. Harga kepala ikan yg tak berapa besar tu... RM70!! Kalau di tempat lain, RM30 aje. Hehe. Kes over-charge la ni. Restoran ada nama, macam tu la agaknya. Tapi tak kisahlah, kali ni abang ipar tu yg belanja jugak...hehe.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez