Monday, November 17, 2008

Bonda kesayangan...

Hari Rabu lalu, bonda saya (65 tahun) dimasukkan ke hospital kerana demam selama 2 hari. Dia juga tidak berselera makan. Oleh kerana keadaannya yg lemah, doktor terus mengambil darah. Dia ditempatkan di wad sementara (pengawasan). Pemeriksaan darah mendapati bonda saya terkena demam denggi.

Kami adik-beradik begitu terkejut. Selama hayatnya, bonda pernah sekali saja dimasukkan ke hospital. Itupun kerana kemalangan sewaktu membonceng motosikal ayahanda (semasa saya berusia 9 tahun). Motosikal mereka dilanggar dari belakang oleh seorang wanita yg tidak membrek keretanya! Bonda tercampak ke dalam longkang tetapi mujurlah hanya muntah darah dan pulih seperti sediakala.

Boleh dikatakan, bonda sihat sepanjang hayatnya. Hanya sesekali sakit lutut kerana dia pernah berniaga kuih-muih selama hampir 20 tahun. Dek kerana bangun seawal jam 4 pagi itulah juga, dia kini akan terjaga setiap kali pukul 4 pagi!

Selama di hospital, saya berulang alik setiap hari menjenguknya. Ada pelbagai pandangan yang saya terima tentang cara mengubati demam denggi. Antaranya:
* makan sup ketam (kuahnya pun memadai)
* minum air pegaga
* minum air kurma (kurma yg dikisar atau segar)
* minum air 100-Plus

Doktor pula menyarankan, minum air masak sebanyak 2 botol besar. Bonda kata, dia jemu minum air. Setiap hari saya buatkan sup ketam sehingga bonda saya juga kata, jemu. Syukur, selepas 5 hari platelets darahnya yg menurun sehingga 10 meningkat ke 15 dan kemudian 25. Menurut doktor, jika sampai tahap 10, bonda akan diberikan darah tambahan. Nampaknya, belum sempat diberi darah, platelets meningkat dengan sendiri.

:: Esok bonda akan keluar dari hospital. Alhamdulillah ::


No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez